07 February 2009

Berjumpa Supervisor

Balik dari jumpa Supervisor, hati dan fikiran aku bercelaru apabila ditanya kenapa aku memilih survey, sampling technique dan penentuan sampel size aku..soalan yang ditanya kebanyakkan meninggalkan persoalan kepada aku tentang reason kenapa aku memilih mixed method dalam kajian dan kenapa Logistik Regression Analisis digunakan untuk menganalisa data. Selain survey aku juga perlu kepada data qualitative especially untuk menanyakan tentang perlaksanaan pihak pengurusan terhadap isu yang dikaji. So kebanyakkan research di Malaysia kata one of the lecturer kat Shah Alam untuk selamat guna Mix method..apa pun aku perlu kepada justifikasi kenapa aku memilih setiap kaedah tersebut. DAn ini jugalah soalan yang akan ditanya dalam viva bab methodology aku..aku perlu susun semula penulisan bab 4 aku ni kepada keseimbangan .....so aku baru nampak..cuma aku risau tentang data yang bakal aku analisis ..tak mahir guna LRA dan SPSS dan ada satu lagi sofwer baru yang akan digunakan pada kebanyak qualitatif research iaitu Nvivo...hopefully aku boleh cover sepantas mungkin topik ni...


Ntahhh la lately tekanan aku semakin tinggi terhadap kerisauan menyiapkan PhD on time...kadang kala semangat aku luluh apabila membaca buku-buku statistik yang memeningkan kepala...moga Allah kau permudahkan setiap urusan ku sesungguhnya aku Hamba yang menzalimi diri sendiri tanpa bantuan dari Mu Ya Allah siapalah aku........

21 January 2009

Kelas Mengaji Quran

Tahun ini kelas mengaji Al-Quran bermula pada 19/1/09. Lama tak berguru. Tapi sebelum cuti panjang guru mengaji aku iaitu K.Shikeen membekalkan aku beberapa buku tajwid untuk dijadikan homework sepanjang ketiadaan beliau. Sepanjang bulan Dec 08 buku itu yang aku selak untuk mengingatkan hukum2 yang masih belum lekat di kepala aku ini. Arghhh betapa banyaknya yang aku terlupa..sering membuat silap apabila membaca Al-Quran..moga-moga YA Allah kau Ampunkanlah aku di atas kesilapan hamba Mu yang hina ini. Cuti belajar untuk PhD memberikan ruang untuk aku mendalami ilmu agama, betapa kerdilnya aku di sisi Mu Tuhan..banyak yang aku tak tahu dari yang tahu..Rutin kehidupan sebagai pelajar PhD cuba aku manfaatkan sepenuhnya. Isnin mengaji quran, Selasa & khamis- usrah muslimat. Harap2nya tahun ini Ustazah Salma mempunyai kesempatan waktu untuk mengajarkan kami tentang sambungan kelas Penyucian hati yang belum habis diajar pada tahun lepas... Hati terletak segala kebaikan dan di hati juga terletak segala kejahatan..maka haruslah hati sentiasa dipelihara. Hati yang baik akan membentuk akhlak yang baik.

Aku bersyukur ke hadrat Mu kerana diberikan kesempatan waktu untuk mendalami ilmu Mu yang maha luas ini. Amin.

MENUMPANG KELAS RESEARCH METHODOLOGY DI UITM SHAH ALAM

Kelas research methodology dibuat pada hari sabtu & ahad di Uitm Shah Alam. Aku tak tahu pasal kelas ni sampailah k.min & k.aina register untuk PhD mereka di UiTM Shah Alam. Anyway tq k.min cuz bagi info ni. Actually kelas ni ajar yang basic things pasal research tapi boleh la aku gunakan peluang ini untuk menambahkan lagi sedikit dari ilmu yang aku ada ini..dan peluang yang ada tidak aku sia-sia untuk berinteraksi dengan para pensyarah yang memberikan lecture mereka. Tq PM Parmjit & PM Chan..So berkorban la weekend selama beberapa minggu ni..Kami bertolak dari Perak seawal jam 5.00 pagi dan kelas bermula pada jam 9.00 pagi. Solat & breakfast di Tapah

Pengajaran dari kelas minggu lepas:

Test of reliability of questionaire (Cronbach Aplha) - delete items below than 0.6 0r 0.75 cite depend on the previous scholar (pilot test)
missing value - kalau angka more than 9 maka missing data mesti letak 99 begitulah seterusnya
negative statement - strongly agree = 1, Agree=2, neutral=3, Disagree=4, strongly Disagree=5
positive statement - Strongly Agree=5, Agree=4, neutral=3, disagree=4, strongly Disagree=1
Instrumens reliable but not necessary valid
Instrumens Valid and must be reliable
An Independent Variables - treatment/cause
Dependent - the outcome or effect of the IV

Scales of measurement : nominal, ordinal, interval & ratio.
Wut is the differences between interval & ratio? face value ( say O to suhu...0 ada makna so ianya adalah interval data, ratio = ketinggian)


Tapi yang pasti data -data aku merupakan data ordinal dan nominal (atas pandangan expert). Soalan kajiselidik perlu kepada content validity/face validity/construct validity according pd Dr Chan sermai 7 org tapi aku cuma minta pdgn dr 4 expert..aku perlukan pengesahan mereka utk dilampirkan pada thesis aku..for the evidence that my instrumens is valid.

07 January 2009

DATA ANALYSIS

Tahun 2009 tahun yang mencemaskan...peringkat di mana aku perlu membuat survey work, data analysis dan write up....Ya Allah...payahnya untuk aku memahami jenis2 analisis yang perlu dilakukan bagi menjawab soalan2 objektif kajian..Tapi syukur ada yang sedia membantu. Kau permudahkan Ya Allah perjalananku ini..Tanpa bantuan dari Mu..aku insan yang lemah.

Berdebar-debar untuk menganalisis data..tadi berbincang dengan rakan seperjuangan, cujie nasihatkan aku supaya merujuk kepada buku Julie Pallant- SPSS SURVIVAL MANUAL-..so hari ni aku mula tengok buku ini. Moga-moga aku memahaminya...Cujie cadangkan aku supaya test in term of reliability & validity of data by using SPSS..n try to eliminate the data below (R =0.06)..hubungan yang lemah n write in the methodology chapter...so esok hopefully aku boleh jumpa hakimi technician BSMB Uitm utk SPSS version 12 license. Hari ni boleh baca buku jullie n buat apa2 yang patut dulu...Ngantuk rasa cuz semalam Hazim tido lewat so aku ngan bibik sama2 tengok..abang n ayah tido awal cuz abg n ayah kena bangun awal..tapi aku lawan perasaan ngantuk cuz byk perkara yang perlu dilakukan .

Moga-moga penimbaan ilmu ini memberikan manfaat pada aku, islam n Malaysia amnya...Masih di peringkat methodology...

05 January 2009

TAHUN BARU -2009-

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah & Tahun Baru 2009....Pengharapan Dan Perjalanan Yang PAnjang..Moga-moga membawa sinar dalam kehidupanku terutamanya untuk famili & PhD..Ya Allah moga kau selamatkan kami semua dari ujian yang tidak tertanggung oleh kami dan bimbinglah kami ke jalan yang kau redhoi...Tetapkan Iman dan Islam dalam diri kami..Salam dan Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW...pemimpin umat yang teragung...manusia contoh..

24 December 2008

DSLR CAMERA!

Agrhhhh...tension. Yang mana satu menjadi pilihan hati..antara sony, canon & nikon..Kalau diselidik ramai yang suggest & guna nikon..for the beginner macam aku sony alpha (200), nikon D60 or Canon 1000D is more suitable...cuma kalau dibandingkan harga nikon D60 agak mahal sedikit. Tapi future value ada kalau-kalau nak di let go nanti. Sony alpha (200) Twin lens murah jika dibandingkan dengan kedua-dua kamera nikon & canon. Lagi pula sony ada buat workshop free untuk owner DSLR...tetapi aku hairan kenapa ramai yang memilih nikon. Jika dibaca pada review dari expert lebih kurang sama functions n pros & cons dia...ntah la..most profesional photographer memang suka teknologi nikon...

Kenapa aku sibuk-sibuk nak tengok DSLR kamera? Reasonnya yang utama kononnya nak shoot gambar projek aku. Aku dah terbeli canon compact pada hakikatnya aku perlukan DSLR..rupa2 nya terlupa melihat kepada zoom lense dia...aku go for design, its really small n easy to put in my handbag bila ke mana-mana. tapi terlupa kegunaannya. Kerja sampingan aku minggu ni membelek lelong web & mudah web...so dari perhatian aku setiap kali Nikon D60 diiklankan kejap jer dijual..so pada aku nikon ada value ...

Reason ke dua..antara hobby suka ambil gambar..aku sukakan gambar pemandangan, aku suka kepada keindahan alam yang dijadikan oleh Pencipta yang Maha Agung, Allah SWT. Jadi inilah alasan yang mendorong aku untuk mengadap menengok kamera DSLR ni...

Harga kalau di Ipoh area memang mahal dan offer, tak menarik sebagaimana di lelong..mungkin di sini saingan tak sehebat Kuala Lumpur...so aku akan ke Kuala Lumpur untuk dapatkan pilihan...yang mana satu belum tentu....Tunggu duit elaun dulu.....baru boleh tau...

22 December 2008

Si Petang Di Teluk Batik - Travelog Haji

Sabtu 20/12/08 tetiba hubby ajak ke lumut untuk menemaninya atas urusan kerja. Aku dengan spontan mencadangkan agar hubby meletakkan kami (hazim, irfan & bibik) di Teluk Batik. Kami tiba di Teluk Batik tepat jam 12 tgh..cuaca yang agak panas..tapi Alhamdulilah kami duduk dibawah pokok kelapa...yang redup sekali..angin berhembus-hembus lembut ke wajah..syukur nikmat yang Allah bagi.. Lama tak rasa duduk bersantai di tepian pantai....

Anak-anak bukan main seronok berlari-lari ke sana ke mari mengelilingi khemah dan tikar yang dihampar..abang tak sabar-sabar nak mandi..tapi keadaan yang panas menyebabkan aku dan hubby hanya membenarkan mandi pada sebelah petang...jadi sebagai langkah memujuk hubby belikan mainan untuk korek pasir..maka dua beradik tu mengorek pasirlah sepjg tghari sambil diperhatikan bibik..

Jam 1.00 tgh hubby ajak beli makanan untuk makan tengahari al-maklumlah tak plan nak pi teluk batik so kami tak bawak apa-apa so beli la...Punya la ramai orang kat kedai ni..cuti sekolah la katakan...kami beli nasi, ayam goreng, rebung gulai dan sambal..cukuplah. Kami bungkus dan makan di teluk batik...Lepas makan & solat hubby ke tempat kerja...so tinggallah kami di teluk batik. Mujurlah semuanya dekat (toilet & surau) senang nak berulang-alik.

Aku mengambil peluang untuk membaca buku penulisan Muhd Kamil Ibrahim yang bertajuk" Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman" yang baru dibeli di pameran dataran DBI (selepas ke pejabat DBI) pada 16.12.2008. Seorang penulis yang dijadikan Idola...Aku mula membaca karya beliau yang pertama yang bertajuk " PhD Kecil Tapi Signifikan"membuka mata bahawa halangan PhD bukan penghalang kejayaan untuk mendapatkan PhD...Gambaran realiti dikutip dan dipertontonkan dalam bentuk santai tapi jelas menjadikan aku berfikir bahawa tiada apa yang boleh menghalang seseorang dari memperolehi PhD jika ada kemahuan dan diizinkan Allah SWT...Seseorang boleh meletakkan pelbagai alasan untuk menyatakan penyebab kepada kegagalan....

Membaca buku karya beliau seolah-olah aku bercakap dengan buku...mungkin sebab tarikan ini aku membaca buku beliau...walaupun buku Travelog Haji ini masih belum sempat aku habiskan namun aku telah menyimpan satu lagi koleksi beliau yang bertajuk "Travelog Dakwah Meniti Hari Esok". Sepetang aku di teluk batik aku hayati setiap baris buku Travelog Haji ini..menyebabkan aku ada kalanya mengeluarkan airmata membacanya...pengembaraan beliau mencari redha Allah bersama-sama isteri tersayang (yang begitu kuat menyokong) dan ahli keluarga yang lain membawa aku bersama dalam pengembaraan itu...Ya..Allah jadilah aku tetamu mu yang istimewa....terngingang di telinga ku...doa baru untuk ditambahkan selepas waktu solat..moga-moga jika dijemput menjadi tetamu Allah...menjadi tetamu mu yang istimewa yang aku inginkan sebagai pinta Prof Kamil dalam buku beliau...Ya Allah dapatlah aku ke sana bersama-sama ayah, ibu, suami dan anak-anak..Moga kau berilah kami rezeki yang cukup untuk kami ke sana ......hati melonjak-lonjak ingin ke sana.......moga-moga Ya..Allah kau serulah nama kami sekeluarga....untuk mencari redha Mu....