21 January 2009

Kelas Mengaji Quran

Tahun ini kelas mengaji Al-Quran bermula pada 19/1/09. Lama tak berguru. Tapi sebelum cuti panjang guru mengaji aku iaitu K.Shikeen membekalkan aku beberapa buku tajwid untuk dijadikan homework sepanjang ketiadaan beliau. Sepanjang bulan Dec 08 buku itu yang aku selak untuk mengingatkan hukum2 yang masih belum lekat di kepala aku ini. Arghhh betapa banyaknya yang aku terlupa..sering membuat silap apabila membaca Al-Quran..moga-moga YA Allah kau Ampunkanlah aku di atas kesilapan hamba Mu yang hina ini. Cuti belajar untuk PhD memberikan ruang untuk aku mendalami ilmu agama, betapa kerdilnya aku di sisi Mu Tuhan..banyak yang aku tak tahu dari yang tahu..Rutin kehidupan sebagai pelajar PhD cuba aku manfaatkan sepenuhnya. Isnin mengaji quran, Selasa & khamis- usrah muslimat. Harap2nya tahun ini Ustazah Salma mempunyai kesempatan waktu untuk mengajarkan kami tentang sambungan kelas Penyucian hati yang belum habis diajar pada tahun lepas... Hati terletak segala kebaikan dan di hati juga terletak segala kejahatan..maka haruslah hati sentiasa dipelihara. Hati yang baik akan membentuk akhlak yang baik.

Aku bersyukur ke hadrat Mu kerana diberikan kesempatan waktu untuk mendalami ilmu Mu yang maha luas ini. Amin.

No comments: