24 December 2008

DSLR CAMERA!

Agrhhhh...tension. Yang mana satu menjadi pilihan hati..antara sony, canon & nikon..Kalau diselidik ramai yang suggest & guna nikon..for the beginner macam aku sony alpha (200), nikon D60 or Canon 1000D is more suitable...cuma kalau dibandingkan harga nikon D60 agak mahal sedikit. Tapi future value ada kalau-kalau nak di let go nanti. Sony alpha (200) Twin lens murah jika dibandingkan dengan kedua-dua kamera nikon & canon. Lagi pula sony ada buat workshop free untuk owner DSLR...tetapi aku hairan kenapa ramai yang memilih nikon. Jika dibaca pada review dari expert lebih kurang sama functions n pros & cons dia...ntah la..most profesional photographer memang suka teknologi nikon...

Kenapa aku sibuk-sibuk nak tengok DSLR kamera? Reasonnya yang utama kononnya nak shoot gambar projek aku. Aku dah terbeli canon compact pada hakikatnya aku perlukan DSLR..rupa2 nya terlupa melihat kepada zoom lense dia...aku go for design, its really small n easy to put in my handbag bila ke mana-mana. tapi terlupa kegunaannya. Kerja sampingan aku minggu ni membelek lelong web & mudah web...so dari perhatian aku setiap kali Nikon D60 diiklankan kejap jer dijual..so pada aku nikon ada value ...

Reason ke dua..antara hobby suka ambil gambar..aku sukakan gambar pemandangan, aku suka kepada keindahan alam yang dijadikan oleh Pencipta yang Maha Agung, Allah SWT. Jadi inilah alasan yang mendorong aku untuk mengadap menengok kamera DSLR ni...

Harga kalau di Ipoh area memang mahal dan offer, tak menarik sebagaimana di lelong..mungkin di sini saingan tak sehebat Kuala Lumpur...so aku akan ke Kuala Lumpur untuk dapatkan pilihan...yang mana satu belum tentu....Tunggu duit elaun dulu.....baru boleh tau...

22 December 2008

Si Petang Di Teluk Batik - Travelog Haji

Sabtu 20/12/08 tetiba hubby ajak ke lumut untuk menemaninya atas urusan kerja. Aku dengan spontan mencadangkan agar hubby meletakkan kami (hazim, irfan & bibik) di Teluk Batik. Kami tiba di Teluk Batik tepat jam 12 tgh..cuaca yang agak panas..tapi Alhamdulilah kami duduk dibawah pokok kelapa...yang redup sekali..angin berhembus-hembus lembut ke wajah..syukur nikmat yang Allah bagi.. Lama tak rasa duduk bersantai di tepian pantai....

Anak-anak bukan main seronok berlari-lari ke sana ke mari mengelilingi khemah dan tikar yang dihampar..abang tak sabar-sabar nak mandi..tapi keadaan yang panas menyebabkan aku dan hubby hanya membenarkan mandi pada sebelah petang...jadi sebagai langkah memujuk hubby belikan mainan untuk korek pasir..maka dua beradik tu mengorek pasirlah sepjg tghari sambil diperhatikan bibik..

Jam 1.00 tgh hubby ajak beli makanan untuk makan tengahari al-maklumlah tak plan nak pi teluk batik so kami tak bawak apa-apa so beli la...Punya la ramai orang kat kedai ni..cuti sekolah la katakan...kami beli nasi, ayam goreng, rebung gulai dan sambal..cukuplah. Kami bungkus dan makan di teluk batik...Lepas makan & solat hubby ke tempat kerja...so tinggallah kami di teluk batik. Mujurlah semuanya dekat (toilet & surau) senang nak berulang-alik.

Aku mengambil peluang untuk membaca buku penulisan Muhd Kamil Ibrahim yang bertajuk" Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman" yang baru dibeli di pameran dataran DBI (selepas ke pejabat DBI) pada 16.12.2008. Seorang penulis yang dijadikan Idola...Aku mula membaca karya beliau yang pertama yang bertajuk " PhD Kecil Tapi Signifikan"membuka mata bahawa halangan PhD bukan penghalang kejayaan untuk mendapatkan PhD...Gambaran realiti dikutip dan dipertontonkan dalam bentuk santai tapi jelas menjadikan aku berfikir bahawa tiada apa yang boleh menghalang seseorang dari memperolehi PhD jika ada kemahuan dan diizinkan Allah SWT...Seseorang boleh meletakkan pelbagai alasan untuk menyatakan penyebab kepada kegagalan....

Membaca buku karya beliau seolah-olah aku bercakap dengan buku...mungkin sebab tarikan ini aku membaca buku beliau...walaupun buku Travelog Haji ini masih belum sempat aku habiskan namun aku telah menyimpan satu lagi koleksi beliau yang bertajuk "Travelog Dakwah Meniti Hari Esok". Sepetang aku di teluk batik aku hayati setiap baris buku Travelog Haji ini..menyebabkan aku ada kalanya mengeluarkan airmata membacanya...pengembaraan beliau mencari redha Allah bersama-sama isteri tersayang (yang begitu kuat menyokong) dan ahli keluarga yang lain membawa aku bersama dalam pengembaraan itu...Ya..Allah jadilah aku tetamu mu yang istimewa....terngingang di telinga ku...doa baru untuk ditambahkan selepas waktu solat..moga-moga jika dijemput menjadi tetamu Allah...menjadi tetamu mu yang istimewa yang aku inginkan sebagai pinta Prof Kamil dalam buku beliau...Ya Allah dapatlah aku ke sana bersama-sama ayah, ibu, suami dan anak-anak..Moga kau berilah kami rezeki yang cukup untuk kami ke sana ......hati melonjak-lonjak ingin ke sana.......moga-moga Ya..Allah kau serulah nama kami sekeluarga....untuk mencari redha Mu....

PERMUDAHKAN YA ALLAH PERJALANAN PhD ku!

Rupa-rupanya dah lama tak update blog ni...bukan apa bz dengan lain-lain hal sehingga tak sempat untuk updatekan blog sendiri. Hari ni nak rewardkan diri setelah bertungkus lumus menyiapkan preparation untuk edarkan soalan-soalan kajiselidik yang telah dibina. Akhirnya setelah yakin dengan pemilihan sampel yang dilakukan maka dengan rasminya aku menyerahkan tugas kepada bekas pelajar aku untuk membantu menjalankan kajian lapangan ke atas ke semua penyewa perumahan awam DBI yang telah terpilih menerusi kaeadah persampelan strata. Upah diberi berdasarkan RM25 sehari untuk 5 borang (setelah memperolehi maklumat dari supervisor). 21/12/2008 aku berjumpa bekas pelajar yang kini menyambung pelajaran beliau di peringkat sarjana muda dan berada di tahun akhir pengajian. Kami bertemu di Restoren Nasmir, Ipoh untuk memberikan keterangan tentang perkara-perkara yang beliau perlu dilakukan bagi mengelakkan ralat kajian ..Hampir sejam kami di situ....

Suspen .....moga-moga data yang diperolehi membantu kajian yang dilakukan. Selagi penjalanan PhD ini belum tamat terasa berat sekali beban dibahu untuk dipikul..Ya Allah moga-moga Kau permudahkanlah setiap urusan baik yang aku lakukan. Moga-moga Ya Allah ilmu yang aku perolehi ini menjadikan aku seorang hamba yang kenal akan siapa PenciptaNya..dan menjadikan aku insan yang sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Mu....Hanya redha & rahmat Mu yang aku harapkan...KAu kurnialah Ya..Allah kepada ku kejayaan dunia dan akhirat. Berkatilah umur dan rezeki yang aku ada untuk redha Mu Ya Allah....Aku cintakan Ilmu Mu yang maha luas ini ya Allah. Janganlah Kau sekat perjalanan aku untuk memperolehi ilmu Mu yang Maha luas ini..jadilah PhD yang aku lalui sebagai jambatan untuk mempermudahkan aku menyelidik dan menyelongkar khazanah ilmu Mu yang maha luas. Terlalu banyak yang aku ingin tahu...Berilah aku untuk menerima masa Mu untuk dimanfaatkan sehinggalah ke titik noktah ku bertemu dengan Mu..

Moga-moga data-data yang dikutip oleh pelajar adalah data-data yang reliable & valid...masih ada lebih kurang satu setengah tahun tempoh untuk aku meneruskan PhD ini...Ya Allah kau bukalah pintu Hati & Tajamkanlah minda ku untuk menghasilkan yang terbaik yang aku harapkan.