22 December 2008

Si Petang Di Teluk Batik - Travelog Haji

Sabtu 20/12/08 tetiba hubby ajak ke lumut untuk menemaninya atas urusan kerja. Aku dengan spontan mencadangkan agar hubby meletakkan kami (hazim, irfan & bibik) di Teluk Batik. Kami tiba di Teluk Batik tepat jam 12 tgh..cuaca yang agak panas..tapi Alhamdulilah kami duduk dibawah pokok kelapa...yang redup sekali..angin berhembus-hembus lembut ke wajah..syukur nikmat yang Allah bagi.. Lama tak rasa duduk bersantai di tepian pantai....

Anak-anak bukan main seronok berlari-lari ke sana ke mari mengelilingi khemah dan tikar yang dihampar..abang tak sabar-sabar nak mandi..tapi keadaan yang panas menyebabkan aku dan hubby hanya membenarkan mandi pada sebelah petang...jadi sebagai langkah memujuk hubby belikan mainan untuk korek pasir..maka dua beradik tu mengorek pasirlah sepjg tghari sambil diperhatikan bibik..

Jam 1.00 tgh hubby ajak beli makanan untuk makan tengahari al-maklumlah tak plan nak pi teluk batik so kami tak bawak apa-apa so beli la...Punya la ramai orang kat kedai ni..cuti sekolah la katakan...kami beli nasi, ayam goreng, rebung gulai dan sambal..cukuplah. Kami bungkus dan makan di teluk batik...Lepas makan & solat hubby ke tempat kerja...so tinggallah kami di teluk batik. Mujurlah semuanya dekat (toilet & surau) senang nak berulang-alik.

Aku mengambil peluang untuk membaca buku penulisan Muhd Kamil Ibrahim yang bertajuk" Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman" yang baru dibeli di pameran dataran DBI (selepas ke pejabat DBI) pada 16.12.2008. Seorang penulis yang dijadikan Idola...Aku mula membaca karya beliau yang pertama yang bertajuk " PhD Kecil Tapi Signifikan"membuka mata bahawa halangan PhD bukan penghalang kejayaan untuk mendapatkan PhD...Gambaran realiti dikutip dan dipertontonkan dalam bentuk santai tapi jelas menjadikan aku berfikir bahawa tiada apa yang boleh menghalang seseorang dari memperolehi PhD jika ada kemahuan dan diizinkan Allah SWT...Seseorang boleh meletakkan pelbagai alasan untuk menyatakan penyebab kepada kegagalan....

Membaca buku karya beliau seolah-olah aku bercakap dengan buku...mungkin sebab tarikan ini aku membaca buku beliau...walaupun buku Travelog Haji ini masih belum sempat aku habiskan namun aku telah menyimpan satu lagi koleksi beliau yang bertajuk "Travelog Dakwah Meniti Hari Esok". Sepetang aku di teluk batik aku hayati setiap baris buku Travelog Haji ini..menyebabkan aku ada kalanya mengeluarkan airmata membacanya...pengembaraan beliau mencari redha Allah bersama-sama isteri tersayang (yang begitu kuat menyokong) dan ahli keluarga yang lain membawa aku bersama dalam pengembaraan itu...Ya..Allah jadilah aku tetamu mu yang istimewa....terngingang di telinga ku...doa baru untuk ditambahkan selepas waktu solat..moga-moga jika dijemput menjadi tetamu Allah...menjadi tetamu mu yang istimewa yang aku inginkan sebagai pinta Prof Kamil dalam buku beliau...Ya Allah dapatlah aku ke sana bersama-sama ayah, ibu, suami dan anak-anak..Moga kau berilah kami rezeki yang cukup untuk kami ke sana ......hati melonjak-lonjak ingin ke sana.......moga-moga Ya..Allah kau serulah nama kami sekeluarga....untuk mencari redha Mu....

No comments: