22 December 2008

PERMUDAHKAN YA ALLAH PERJALANAN PhD ku!

Rupa-rupanya dah lama tak update blog ni...bukan apa bz dengan lain-lain hal sehingga tak sempat untuk updatekan blog sendiri. Hari ni nak rewardkan diri setelah bertungkus lumus menyiapkan preparation untuk edarkan soalan-soalan kajiselidik yang telah dibina. Akhirnya setelah yakin dengan pemilihan sampel yang dilakukan maka dengan rasminya aku menyerahkan tugas kepada bekas pelajar aku untuk membantu menjalankan kajian lapangan ke atas ke semua penyewa perumahan awam DBI yang telah terpilih menerusi kaeadah persampelan strata. Upah diberi berdasarkan RM25 sehari untuk 5 borang (setelah memperolehi maklumat dari supervisor). 21/12/2008 aku berjumpa bekas pelajar yang kini menyambung pelajaran beliau di peringkat sarjana muda dan berada di tahun akhir pengajian. Kami bertemu di Restoren Nasmir, Ipoh untuk memberikan keterangan tentang perkara-perkara yang beliau perlu dilakukan bagi mengelakkan ralat kajian ..Hampir sejam kami di situ....

Suspen .....moga-moga data yang diperolehi membantu kajian yang dilakukan. Selagi penjalanan PhD ini belum tamat terasa berat sekali beban dibahu untuk dipikul..Ya Allah moga-moga Kau permudahkanlah setiap urusan baik yang aku lakukan. Moga-moga Ya Allah ilmu yang aku perolehi ini menjadikan aku seorang hamba yang kenal akan siapa PenciptaNya..dan menjadikan aku insan yang sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Mu....Hanya redha & rahmat Mu yang aku harapkan...KAu kurnialah Ya..Allah kepada ku kejayaan dunia dan akhirat. Berkatilah umur dan rezeki yang aku ada untuk redha Mu Ya Allah....Aku cintakan Ilmu Mu yang maha luas ini ya Allah. Janganlah Kau sekat perjalanan aku untuk memperolehi ilmu Mu yang Maha luas ini..jadilah PhD yang aku lalui sebagai jambatan untuk mempermudahkan aku menyelidik dan menyelongkar khazanah ilmu Mu yang maha luas. Terlalu banyak yang aku ingin tahu...Berilah aku untuk menerima masa Mu untuk dimanfaatkan sehinggalah ke titik noktah ku bertemu dengan Mu..

Moga-moga data-data yang dikutip oleh pelajar adalah data-data yang reliable & valid...masih ada lebih kurang satu setengah tahun tempoh untuk aku meneruskan PhD ini...Ya Allah kau bukalah pintu Hati & Tajamkanlah minda ku untuk menghasilkan yang terbaik yang aku harapkan.

No comments: