06 June 2011

Kejayaan PhD

Hati berbunga riang..apabila perjuangan yang ditempuhi telahpun sampai ke titik noktah. Hanya kepada Allah SWT ku panjatkan kesyukuran di atas kejayaan ini. Tanpa pertolongan dariNya segala-galanya mungkin sukar untuk aku lalui..Pengalaman yang dilalui sebelum viva begitu menyentap hati ini takala tiada siapa yang nak disandarkan pertolongan..melainkan pada Allah SWT..Pengalaman & proses PhD benar-benar membuka mata hatiku tentang Allah SWT mampu melakukan apa sahaja..Rezeki mahlukNya hanyalah dihujung-hujung jariNya..Tunaikan hak Allah Insya'Allah Allah SWT akan tunaikan hak kita sebagai hambaNya..Solat & Sabar kunci kejayaan..Merayu, merintihlah pada Allah semoga Allah perkenankan doa..sabar pada apa yang Allah uji..Allah SWT maha pengampun, maha pemurah, maha mendengar atas setiap doa hambaNya..yang pasti yakin sepenuh hati yang bantuan Allah SWT akan datang kepada kita...

Kejayaan yang dimiliki pada hari ini juga merupakan ujian buat diri ini..moga Ya Allah janganlah kau jadikan aku hambaMu yang lalai dari mengingati dan sombong berjalan di muka bumi mu ini...Sesungguhnya hanya takwa hambaNya terhadap PenciptaNya yang diukur dan merupakan kejayaan yang dikecapi seperti Kekasih Allah & keluarganya serta para sahabat. Jadikan Ya Allah kehidupan para sahabat & nabi2 Allah SWT sebagai role mode terbaik buat insan lemah seperti aku...Sesungguhnya semoga Ilmu yang dimiliki ini membawa manfaat buat agamaku, bangsaku & negara ku.....

No comments: