25 June 2009

MICRA CONFERENCE - USM PENANG -

Alhamdulilah...tahun ini, ini merupakan kertas kerja yang pertama dibentangkan. Kertas kerja ini bertajuk "Rent Default Amongst Public Housing Tenant and Ways Of Overcoming The Issue". Kertas kerja ini telah membincangkan penemuan awal penyelidikan yang dijalankan. Jadi findings yang mampu aku tunjukkan adalah data-data penghuni yang mengalami masalah tunggakan sewa dan punca-punca yang menyebabkan berlakunya tunggakan sewa di kalangan penghuni di perumahan awam DBI, Ipoh. Persidangan ini berlangsung selama 2 hari iaitu dari 9-10 June 2009. Perbincangan dari keynotes speakers amat menarik sekali...yang pastinya isu berkisar tentang pembinaan...ada yang menyentuh tentang green buildings, mosquitos at the construction site dan perkembangan kontraktor di Malaysia...pada masa yang sama aku juga turut menyertai kelas SPSS yang dianjurkan oleh pihak pusat pengajian Matematik. Kursus ini merupakan kursus yang agak mencabar pemikiran ku kerana segalanya dimampatkan untuk tempoh 5 hari...

Pada tahun ini merupakan, tahun untuk penulisan kerana aku telahpun mencecah kaki ku ke tahun 3 pengajian...terasa pantas masa berlalu tetapi kerja-kerja aku rasakan masih ditahap yang biasa....next target will be writings in refereed journals and wait for other overseas conference (paper still in the process of final editing) to present paper. moga-moga mentari menyinar terang bagi PhD yang ku lalui ini..Ya..Allah kau Tuhan YAng Maha Mendengar DAn Maha Pengasih"....

No comments: